Make your own free website on Tripod.com

HIDUP INI SATU MUJAHADAH

nota kompak KH ting. 1
Home
aku..diriku
web kesukaan saya
sila hubungi saya..
mini album foto
nota kompak kh ting. 2
nota kompak KH ting. 1
memori indah
smk seri BP
islam cara hidupku..

DI BAWAH INI TERDAPAT BAB 1, BAB 2, BAB 3

BAB 1  : ORGANISASI BENGKEL DAN KESELAMATAN

1.1 Pengurusan Organisasi Bengkel dan Keselamatan

1. Organisasi bengkel adalah sistem pengurusan bengkel berasaskan kerjasama guru dengan murid.

2. Murid menjalankan tugas secara berkumpulan,bergilir-gilir, mengikut etika dan bersistematik.

 

1.1.1 STRUKTUR ORGANISASI BENGKEL

Diketuai oleh seorang formen dan dibantu oleh seorang penolong formen bagi setiap kelas.

 

 

Guru Kemahiran Hidup

Kumpulan A

               Ronaldinho

               Kaka

 

Kumpulan B

               Lampard

               Rooney

Kumpulan C

               Petr Cech

               Fabregas

Kumpulan D

               Thierry Henry

               Shevchenko

Formen/Ketua Kumpulan

Penolong Formen/Penolong Ketua Kumpulan

Guru Kemahiran Hidup

Kumpulan A

               Ronaldinho

               Kaka

 

Kumpulan B

               Lampard

               Rooney

Kumpulan C

               Petr Cech

               Fabregas

Kumpulan D

               Thierry Henry

               Shevchenko

Formen/Ketua Kumpulan

Penolong Formen/Penolong Ketua Kumpulan

Guru Kemahiran Hidup

Kumpulan A

               Ronaldinho

               Kaka

 

Kumpulan B

               Lampard

               Rooney

Kumpulan C

               Petr Cech

               Fabregas

Kumpulan D

               Thierry Henry

               Shevchenko

Formen/Ketua Kumpulan

Penolong Formen/Penolong Ketua Kumpulan

Guru Kemahiran Hidup

Kumpulan A

               Ronaldinho

               Kaka

 

Kumpulan B

               Lampard

               Rooney

Kumpulan C

               Petr Cech

               Fabregas

Kumpulan D

               Thierry Henry

               Shevchenko

Formen/Ketua Kumpulan

Penolong Formen/Penolong Ketua Kumpulan

 

 

1.1.2 Langkah Keselamatan

AMALAN 4M

 

1.  Membersih

- Supaya bengkel bersih, kemas, selesa dan selamat

-Menitikberatkan kebersihan diri dan mental

-Berpakaian kemas, kuku dan rambut yang pendek

-Kebersihan mental adalah berfikir positif dan bertanggungjawab dengan tugas yang diberi.

-Dalam kerja pembersihan terdapat dua mesin yang digunakan iaitu  :

            a.  Mesin Penyedut Hampagas (jenis kering dan basah)

                 - Jenis kering digunakan untuk menyedut kotoran kering

                 - Jenis basah  digunakan untuk menyedut kotoran kering dan cecair

 

                 - Mesin Pemampat Udara digunakan untuk proses pembersihan    secara semburan tekanan udara tinggi.

 

2.  Menyusun Atur

-Guna alat mengikut kegunaannya

-Simpan alat di tempat yang betul

-Menilai Diri dan Tempat Kerja

-Pencahayaan yang cukup

-Peredaran udara yang baik

-Lantai kering dan tak berminyak

-Mendisiplin

-Mematuhi peraturan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri

 

 

3.3.  Menilai Diri dan Tempat Kerja
-Pencahayaan yang cukup
-Peredaran udara yang baik
-Lantai kering dan tak berminyak
4.
 
4.  Mendisiplin
-Mematuhi peraturan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri

 

KESELAMATAN AM

1.  Keselamatan Bengkel

-Lantai tak licin

-Murid mesti melaporkan kemalangan kepada guru

 

2. Keselamatan Diri

-Jangan bergurau dan berlari dalam bengkel

-Memakai apron dan kasut getah

 

3.  Keselamatan Alatan

-Tangan mestilah bersih dari kotoran dan minyak

-Gunakan alatan mengikut fungsinya

 

4.  Keselamatan Penggunaan Elektrik

-Pastikan tangan tidak basah

-Jangan menggunakan peralatan yang rosak

 

 

PENGELASAN ALAT PEMADAM API

 

Kelas A (jenis air)

Bagi memadamkan kebakaran kayu, tilam, kain dan kertas

 

-Kelas B (jenis Buih)

-Bagi memadamkan kebakaran cecair, petrol, minyak dan cat

 

-Kelas B & C (jenis karbon dioksida)

-Bagi memadamkan kebakaran elektrik, jentera, papan suis dan seumpamanya

 

-Kelas A, B dan C (jenis serbuk kering)

-           Bagi memadamkan kebakaran natrium, kalium, kalsium dan memadamkan api kelas A, B dan C

 

1.1.3 Etika dan Budaya Kerja

Etika kerja bermaksud disiplin dan sikap terhadap kerja

Etika kerja temasuk :

-Menepati masa, bertanggungjawab, amanah dan patuh

3.  Budaya kerja bermaksud peradaban yang menjadi amalan semua pekerja

 

 

BAB 2 :  REKABENTUK DAN
PENGHASILAN PROJEK

2.1  Pengenalan Reka bentuk dan Teknologi

2.1.1

Definisi Rekabentuk :  susunan bahan yang dirancang untuk menghasilkan sesuatu produk

 

Definisi  Teknologi  :  pengajian dan pengetahuan dalam usaha manusia mencipta pelbagai jenis alat, sumber dan teknik.

 

2.2  Faktor Rekabentuk :

Fungsi – menepati kehendak pengguna

Rupa bentuk – saiznya sesuai , tepat dan menarik

Kesesuaian bahan – tak melebihi kos

Kaedah pembinaan – cara pembuatan yang sesuai

Ketahanan – boleh digunakan lama

Kos produk – berpatutan

Kemasan – hiasan menarik

Faktor keselamatan – mesra pengguna dan alam

Bernilai komersial – dapat dipasarkan

 

2.3  Jenis Bahan dan Pengikat 

2.3.1  Bahan :

Kayu

 - bahan utama dalam pembinaan perabot

 - contoh kayu ialah cengal, meranti, jelutung dan sepetir

 - saiz ditentukan mengikut tebal, panjang dan lebar

 

Saiz kayu  :

 

Papan Lapis

 - lapisan kayu nipis yang diglu

 - ketebalan : 3 – 32 mm

 - saiz : 1220 dan 2440 mm

 - perabot, dinding bilik

 

Medium Density Fibreboard (MDF)

 - papan gentian yg dimampat dengan glu

 - saiz : 2440 – 1220mm

Mounting Board

 - diguna dalam pembinaan model

 - saiz : 610 x 1220mm / 610 x 910mm

 

Kelebihan dan Kelemahan Bahan

 

2.3.2  Pengikat

Paku

-       Mencantum kayu / kepingan logam pada kayu

-Diperbuat daripada keluli lembut

-Saiz mengikut panjang batangnya

-2 jenis:  a. paku kepala rata        b. paku panel

-Memaku serong lebih kuat berbanding memaku tegak.

 

-Skru

-Memegang/merapatkan kepingan kayu, logam dan engsel

-Diperbuat daripada keluli lembut, kuprum dan loyang

-2 jenis:  a. skru kepala bulat  b. skru kepala benam

-Cara menskru :

            a. skru beralur lurus – guna pemutar skru rata

            b. skru beralur palang – guna skru philips

 

Glu

-Melekatkan dua bahan supaya kukuh

-2 jenis:

            a. Glu PVA – melekatkan kepingan kayu

            b. Glu sentuh – melekatkan bahan yang berlainan(plastik dengan   kayu/plastik dengan logam

 

 

 

2.4 Alatan Tangan dan Mesin

 

2.4.1 Alatan Tangan

 

Kriteria pemilihan alatan :

            1.  kesesuaian saiz alatan dengan bahan

            2. kemahiran mengendalikan alatan

            3. keselamatan

            4. kemudahan mendapatkan alatan

 

JENIS ALATAN TANGAN

 

 

 

2.4.2 Mesin

            1. Mesin Gerudi Mudah Alih

            - membuat lubang kayu dan logam lembut

            - saiz mesin ditentukan oleh diameter mata gerudi

            - mata gerudi pintal diperbuat daripada keluli tahan lasak

            - 2 jenis :

            a. kuasa elektrik (berwayar)

            b. kuasa bateri (tanpa wayar)

            - bahagian utama mesin:

            a. bindu – memutar mata gerudi

            b. motor – memutar bindu

 

MESIN GERUDI MUDAH ALIH

 

Mesin Gerudi lantai

            - membuat lubang pada kayu atau logam

            - saiz mesin mengikut diameter mata gerudi

            - benda kerja diapit pada ragum untuk digerudi

            - bahagian utama mesin:

            a. pelaras meja – melaraskan aras meja gerudi

            b. takal – mengawal kelajuan putaran bindu

            c. tuas pemasuk – menurun/menaikkan bindu

            d. bindu – melonggar/mengetat rahang

            e. rahang – mencengkam mata gerudi

           

- langkah keselamatan :

            a. pakai apron             

            b. pakai kasut

            c. kunci bindu dengan kemas

            d. gunakan gogal          

            e. apit benda kerja pada ragum

            f. laraskan meja gerudi 

 

MESIN GERUDI LANTAI

 

2.5 Proses Reka Bentuk

2.5.1  Lukisan Projek

 

-Ada 4 langkah melukis projek :

 

            1. Lakaran 3D

            - lakaran ini menunjukkan gambar sebenar projek. 

            - contoh lakaran : lukisan oblik dan  lukisan isometri

LAKARAN 3D OBLIK

LAKARAN 3D OBLIK

 

            2.  Lakaran 2D

            - menunjukkan bentuk objek dalam dua atau tiga pandangan,iaitu pandangan hadapan, pandangan sisi dan pandangan atas(pelan)

            - contoh lakaran : lukisan ortografik

            - kedua-dua lakaran 2D dan 3D boleh juga dilakar dalam bentuk perspektif (lakaran menunjukkan pandangan objek mengikut aras mata.)

            - lakaran dilukis dalam bentuk perspektif satu titik atau perspektif dua titik

 

LAKARAN PERSPEKTIF 1 TITIK

LAKARAN BEBAS PERSPEKTIF 2 TITIK

LAKARAN 2D ORTOGRAFIK

 

            3. Mendimensi Lakaran

            - dimensi lakaran menunjukkan ukuran sebenar projek

            - penting untuk kerja mengukur dan menanda

 

            4. Memilih Lakaran Yang Paling Sesuai

            - pemilihan berpandukan kriteria rekabentuk yang dicadangkan.

 

2.5.2  PEMBINAAN PROJEK

 

Proses Mengukur

-mengukur berpandukan kertas projek

-Alat digunakan : pembaris keluli, pita pengukur dan sesiku L

-Tujuan : hasilkan ketepatan pengukuran

 

2.  Proses Menanda

-Ditanda bahagian yang ingin dipotong, digerudi atau buat tanggam

-Alat digunakan : pensil, pisau penanda dan tolok penanda

 

 

 

 

-Proses Memotong

-Alat memotong kayu/papan : gergaji tangan atau gergaji puting digunakan

-alat memotong papan lapis/mounting board : pisau pemotong

-Penorehan dengan pisau dilakukan pada papan lapis tebal untuk mendapatkan potongan yang kemas semasa menggergaji

 

-Proses Membina dan Mencantum

-Merangkumi kerja pembinaan tanggam, mengglu, memaku dan memasang skru

 

-Membuat Tanggam

-Membuat cantuman untuk menghasilkan produk

-Jenis tanggam : tanggam temu, tanggam parit(untuk papan) dan tanggam lekap(sesuai untuk kayu tebal)

 

 

6. Mengglu

-Bersih bahagian yang akan diglu, glu pada kedua-dua bahagian projek dan apit pada ragum

 

-Memaku

-Tukul dipegang pada hujung hulu

-Kepala tukul sentiasa lurus ketika menukul

 

-Menskru

-Jika guna skru kepala benam : buat lubang benam dengan mata gerudi benam ros

-Benam kepala skru sehingga rata dengan permukaan kayu

 

 

2.5.3  KEMASAN

Kemasan: proses menyapu bahan kemasan (cat,syelek,tona kayu)

-Tujuan menyapu bahan kemasan :

            a. kelihatan cantik

            b. selamat digunakan

            c. lebih tahan lama

            d. mudah untuk dibersihkan

 

-Alat kemasan :

 

            a. berus cat - cuci berus dengan turpentin

            b. berus syelek - cuci guna spirit metil

            c. pengikis - untuk mengikis karat, menyumbat tepung penyumbat. Saiz mengikut lebar hujung  pengikis

            d. Kertas las – untuk melicin, menghilangkan kesan calar kayu.  Dibuat daripada kayu api, garnet, kaca,bahan tiruan(silikon karbida dan aluminium oksida)      

            e. tepung penyumbat – menyumbat liang kayu

 

-Bahan Kemasan

            a. Cat Licau – hasilkan permukaan licin dan berkilat.  Cat ini kalis air dan dilarutkan dengan turpentin

            Tiga kaedah menyapu cat licau iaitu kaedah berus cat, kaedah semburan mesin pemampat udara dan kaedah semburan tin.

            b. Syelek – untuk melindungi dan mencantikkan projek

                                    - dilarutkan dengan spirit metil

 

            c. Tona Kayu

            - untuk mengemas permukaan kayu

            - sapu lapisan tona kayu dan biar kering.  Gosok dengan kertas las dan sapu lapisan tona kayu yang kedua.

            d.  Lekar

            - mengilatkan kayu

            - diperbuat daripada selulosa

            - dilarutkan dengan thinner

            - lekar disapu selepas syelek, mencegah kayu menjadi calar

            e.  Pelekat

            - setelah dilekat, sapu selapisan lekar

            - guna glu sentuh atau glu PVA

 

2.6  REKABENTUK PROJEK

 

2.6.1 Pernyataan Masalah Atau Keperluan

Kenalpasti Masalah/Keperluan

-  Contoh : masalah untuk simpan buku, masalah meletakkan alatulis dengan kemas

Cadangan Rekabentuk

-Cadangan : reka rak buku

-Mengumpul Maklumat dan Data

-Jumlah buku, saiz sesuai, kegunaan, bahan, bahan kemasan dan kos.

 

 

4.  Menyenaraikan Pelbagai Allternatif Penyelesaian Masalah dalam Bentuk Lakaran Bebas

-Penyelesaian masalah : peta minda, sumbangsaran, perbincangan, lakaran,lawatan

 

2.6.2  Perancangan, Pembinaan dan Pengubahsuaian Projek

-Menyediakan jadual kerja

-Tujuan : kerja secara sistematik dan elak pembaziran

-Menyenaraikan Bahan dan Alatan Tangan

-Pemilihan bahan berdasarkan fungsi dan kesesuaian produk

-Membuat Projek Berdasarkan Lukisan Kerja yang Dipilih

-Mengikut saiz, ukuran, bahan dan rekabentuk

 

 

 

Menguji dan Menilai Produk

-Penilaian kualiti dan aspek keselamatan

-Berfungsi dan ikut spesifikasi

-Mengubahsuai Projek

-Kecacatan dan kelemahan perlu dibaiki

 

2.6.3  Pendokumentasian

-Mengumpul, menyimpan dan merekod maklumat projek seperti lakaran, jenis bahan, kemasan dan proses  pembuatan di dalam fail

-Mengira Kos Projek

-Kos pengeluaran : segala perbelanjaan yang dikeluarkan untuk hasilkan produk

 

-Kos pengeluaran: kos bahan + kos upah + kos overhead

-Kos bahan – bahan mentah

-Kos upah – bayaran tenaga kerja

-Kos overhead (sampingan) – bil air, bil elektrik, gas, pengangkutan dan bil telefon

 

Membuat persembahan Projek

-Menerangkan ciri-ciri projek seperti fungsi, jenis bahan, kos dan keistimewaan projek

-sediakan carta, gambar dan buku folio

 

RINGKASAN

 

 

BAB 3  :  ELEKTRIK

3.1 SUMBER DAN KEGUNAAN ELEKTRIK

 

3.1.1 SUMBER ELEKTRIK

A.  Kemagnetan    B.  Tindakan kimia

C.  Cahaya

 

Kemagnetan Sebagai Sumber Elektrik

-Hasilkan elektrik dengan menggerakkan sebatang magnet di dalam gegelung wayar

-Contoh :

            a.  Prinsip Kendalian Dinamo

            - 3 bahagian dinamo : magnet kekal, teras besi dan gegelung wayar

            - gegelung wayar dibuat daripada lilitan wayar kuprum

 

 

            - dinamo dikendalikan atas prinsip aruhan magnet

            - Magnet di dalam dinamo basikal berputar dalam satu arah. Aruhan medan magnet menghasilkan arus elektrik pada gegelung wayar

            - teras besi  mengembangkan medan magnet

 

            b.  Turbin

            - turbin : alat yang mempunyai rotor yang dapat diputar oleh aliran air, stim atau angin

            - turbin menukarkan tenaga kinetik kepada tenaga mekanikal, menggerakkan pam air dan penjana elektrik

            - rotor : bilah-bilah kipas yang dipasang pada gandar.  Gandar dihubungkan dengan penjana elektrik.

 

 

Tindakan Kimia Sebagai Sumber Elektrik

-Contoh :

            a. Sel Kering

            - voltan sebanyak 1.5 volt

            - karbon  : punca positif

            - elektrolit : campuran ammonium klorida dan mangan dioksida. 

            - zink  : punca negatif

            - tindakbalas kimia antara elektrolit dan bekas zink menghasilkan arus elektrik

           

Jenis- Jenis Sel

 

            b. Sel Basah

            - tenaga  lebih tinggi dari sel kering

            - guna dalam kenderaan bermotor (kereta, bas)

            - boleh dicas semula

            - contohnya  sel asid plumbum terdiri daripada :

                        i. plumbum peroksida – elektrod positif

                        ii. Plumbum – elektrod negatif

                        iii. Asid sulfurik – elektrolit (bahan kimia dalam sel yang dapat hasilkan tenaga elektrik semasa tindakbalas kimia.

            - sel asid plumbum berkuasa 6 dan 12 volt

 

 

Cahaya Sebagai Sumber Elektrik

-Bahan kimia seperti selenium, natrium dan kalium dapat ditukarkan kepada tenaga elektrik apabila menerima cahaya.

-Sel foto yang terima cahaya matahari akan hasilkan tenaga elektrik

-Jika keamatan cahaya tinggi, arus elektrik juga tinggi

 

 

3.1.2  KEGUNAAN ELEKTRIK

Hasilkan Haba

-Tukarkan tenaga elektrik kepada tenaga haba

-Contoh alat : seterika, periuk nasi, cerek

 

-Hasilkan  Tenaga Kinetik

-Tukar tenaga elektrik         tenaga kinetik

-           Contoh : mesin basuh, kipas angin

-Hasilkan Cahaya

-Tukar tenaga elektrik          tenaga cahaya

-Contoh, lampu ada 2 jenis :

a. Lampu pijar                       

b.  Lampu pendarflour 

            -

lampu pijar :- guna filamen untuk menukar tenaga elektrik kepada tenaga cahaya

Lampu pendarflour :

                        - tiub lampu pendarflour berisi gas argon dan merkuri

                        - arus yang mengalir melalui campuran gas argon dan merkuri  menghasilkan sinaran ultra ungu, tukar cahaya putih bila terkena lapisan fosfur

 

Hasilkan Bunyi

-Tenaga elektrik            tenaga bunyi

-Alat : televisyen, pembesar suara, radio

 

 

3.2  JENIS WAYAR DAN KERJA PENDAWAIAN

3.2.1  ALATAN TANGAN

 

Pena Ujian

-Kegunaan : menguji, mengesan kebocoran elektrik dan mengetatkan skru kecil

-Apabila pena ujian tersentuh pada wayar hidup, lampu neon di dalamnya akan  menyala

 

-Pemotong Sisi

-Kegunaan : memotong wayar elektrik

 

 

Playar Muncung Tirus

-Kegunaan : memegang benda kecil, memotong dawai, membentuk kaki komponen

 

-Playar Gabung

-Kegunaan : memegang benda bulat, memotong, membentuk dawai

 

E  Penjalur Wayar

-2 jenis  :  a. penjalur wayar mudah

                                        b.  Penjalur wayar spring

-  Kegunaan : menjalur dan memotong wayar

 

3.2.2  JENIS WAYAR

Wayar Kuprum Berenamel

- Kegunaan : membuat gegelung pada motor elektrik dan transformer

Wayar Lembar Tunggal (berpenebat)

-Kegunaan :  membuat pendawaian litar mudah seperti radio

 

-Wayar Teras Tunggal (berpenebat)

-Diperbuat dari lembaran halus dan lembaran kasar

-Lembar halus : mudah lentur, untuk pendawaian di radio dan pembesar suara

-Lembar kasar : untuk pendawaian litar elektrik di rumah

 

Wayar Teras Kembar

-dua wayar teras tunggal yang dilekatkan

-Untuk  pendawaian radio, soket dan tv

 

-Wayar Tiga Teras

-2 Jenis ;

            a. berpenebat PVC – untuk pendawaian perkakas elektrik yang tak hasilkan haba(kipas angin, peti sejuk)

            b. berpenebat PVC serta beranyaman benang – untuk pendawaian alat elektrik yang menghasilkan haba (ketuhar, seterika, cerek)

 

3.2.3  JENIS PLAG

Plag 2 Pin 2 Ampere

-Menggunakan wayar teras kembar

-Ada dua  tamatan : teras hidup(L) dan teras neutral (N)

-Alat  : radio, pencukur elektrik

 

-Plag 3 Pin 13 Ampere

-  Ada 3 tamatan : tamatan dawai hidup (L), dawai neutral (N), tamatan dawai bumi (E)

-Fius katrij 13A dipasang di dalam plag ini untuk keselamatan

 

-Plag 3 Pin 15 Ampere

-Pinnya bulat dan tidak berfius

-Untuk kelengkapan elektrik berkuasa tinggi(pemanas air dan pendingin udara)

 

 

3.2.5  FIUS

-Fungsi : melindungi litar dan perkakas elektrik

-Fius  di dalam plag akan melebur dan arus elektrik terputus jika arus itu terlalu tinggi

-Fius disambung pada tamatan hidup (L)

-Fius ditentukan mengikut arus iaitu 2A, 5A, 10A, 13A

-Ada 2 jenis :

-a.  Fius Dawai

-Berbentuk dawai dan kadarannya tetap

-Fius yang lebur boleh diganti

-Pemegang fius diperbuat daripada seramik dan bakelit

-B.  Fius Katrij

-Fius yang tebakar diganti dengan fius kadaran yang betul

 

 

3.2.6  LAMPU PENDARFLOUR

Bahagian Lampu Pendarflour

Tiub Pendarfluor

-Diperbuat daripada kaca berisi merkuri dan gas argon

-Dindingnya disalut dengan lapisan fosfur

-Dihujung tiub ada 2 pin elektrod yang mengalirkan arus ke tiub

 

2. Perumah

-Mengandungi pemegang tiub, cok dan suis penghidup

 

-Cok

-Kegunaan : 1. untuk membekalkan voltan tinggi

                                           2. Menstabilkan voltan selepas lampu       menyala

Pemegang Tiub

-Terletak pada hujung perumah

-Berfungsi menyangga tiub pendafluor

 

-Pemegang Suis Penghidup

-Berfungsi untuk menempatkan suis penghidup

 

-Suis Penghidup

-Berfungsi menghidupkan lampu

-Tidak berfungsi lagi setelah lampu dihidupkan

 

Kerosakan Lampu Pendafluor

 

 

3.2.8  Membaca, Menterjemah Litar Pendawaian dan Membuat Pendawaian Lampu Pendafluor

RINGKASAN BAB 3

 

 

PILIHAN 1 : KEMAHIRAN TEKNIKAL
BAB 1  : ELEKTRIK

1.1  JENIS LITAR ELEKTRIK

            1.1.1 Pemasangan Litar Siri

Litar siri adalah susunan komponen yang membolehkan arus elektrik mengalir satu arah sahaja.

Jika ada litar yang terbuka, litar tidak berfungsi

           

            1.1.2  Mengukur Voltan dan Arus Dalam Litar Siri

Nilai voltan susut bagi setiap beban elektrik

 

                       

 

Formula mendapatkan jumlah voltan ialah :

 

 

Memasang dan Membaca Voltmeter

- Voltan disukat menggunakan voltmeter

- Ada 2 jenis voltmeter :

 i. Voltmeter arus terus (DC)

 ii. Voltmeter arus ulang alik (AC)

-Contoh pengiraan  :

 

 

 

Memasang dan Membaca Ammeter

-Arus dalam litar siri adalah sama

-Formula mengira jumlah arus dalam litar siri ialah

 

 

-Ammeter digunakan untuk mengukur arus elektrik

-Didapati dalam julat 0 – 500mA, 0 – 1A dan 0 -10A

-Pilih ammeter yang bersesuaian untuk ukur arus ulang alik dan arus terus

 

1.1.3  Mengira Jumlah Rintangan Dalam Litar Siri

-Formula mengira jumlah rintangan ialah :

    Rj  =  R1 + R2 + R3

-Contoh pengiraan :

-Jika 3 perintang iaitu R1, R2 dan R3 disambung secara siri seperti dalam rajah di bawah. Berapakah jumlah rintangan litar ini?

Rj = R1 + R2 + R3

Rj = 10 ohm + 30 ohm + 50 ohm

Rj = 90 ohm

1.1.4  Pemasangan Litar Selari

- Litar selari adalah litar yg membenarkan arus elektrik mengalir lebih daripada satu laluan.

- jika ada mana-mana wayar yang terputus pada satu laluan, arus elektrik masih dapat mengalir melalui laluan lain.

1.1.5  Mengukur Voltan dan Arus
Dalam Litar Selari

-Nilai voltan dalam setiap beban elektrik adalah sama.  Jumlah voltan dalam litar selari boleh dikira seperti formula berikut  :

 

 

-Nilai arus dalam litar selari adalah tidak sama

-Setiap laluan arus bergantung kepada nilai rintangan yang mungkin berbeza.

-Formula untuk mengira arus litar selari adalah

                                                Ij = I1 + I2 + I3

1.1.6 MENGIRA JUMLAH RINTANGAN
DALAM LITAR SELARI

- Jumlah rintangan dalam litar selari akan berkurangan kerana terdapat banyak laluan arus.

-Lagi banyak laluan arus, lagi kurang jumlah rintangan dalam litar.

-Formula untuk kira jumlah rintangan adalah  :

     1

Contoh Pengiraan Jumlah Rintangan Dalam Litar Selari

Dalam Rajah sebelah, perintang R1, R2 dan R3 disambungkan secara selari.  Berapakah jumlah rintangan dalam litar tersebut?

1

 

1.1.7  MEMBANDING BEZA LITAR SIRI
DENGAN LITAR SELARI
 

 

1.2 Penggunaan Meter Pelbagai

Meter pelbagai digunakan untuk menguji litar elektrik atau elektronik.

Meter ini adalah gabungan volmeter, ammeter dan ohmmeter

Ada 2 jenis meter pelbagai iaitu jenis analog dan digital

 

1.2.1  Bahagian Utama Meter Pelbagai

Skala – digunakan untuk menentukan bacaan bagi setiap penggunaan meter ini.

Jarum Penunjuk – menunjukkan bacaan pada skala

Skru Pelaras Sifar – untuk melaraskan penunjuk meter pada bacaan sifar.

Pelaras sifar ohm – untuk melaraskan penunjuk meter kepada bacaan sifar semasa uji rintangan

 

Prob Negatif dan Prob Positif – digunakan untuk menguji komponen elektrik. Prob negatif hitam dan prob positif warna merah

Tombol pemilih Julat – untuk memilih julat meter seperti julat voltan arus terus, arus ulang alik dan julat rintangan

Julat – kadar sukatan yang hendak diukur

1.3  Unit Kawalan Utama Bekalan Elektrik Domestik

Komponen dalam unit kawalan utama terdiri daripada :

Fius Perkhidmatan – dihubungkan kepada wayar hidup dan berfungsi mengawal bekalan  jika arus elektrik berlebihan.

Meter Kilowatt-Jam (kWj) – berfungsi menyukat dan merekod jumlah tenaga elektrik yang telah digunakan. Milik TNB.

Suis Utama – fungsinya untuk menyambung dan memutuskan bekalan elektrik ke seluruh rumah. Ia juga mengawal arus elektrik yang berlebihan.

Pemutus  Litar Bocor Bumi, Pemutus Litar Arus Baki, Pemutus Litar Miniatur – semua ini adalah alat-alat keselamatan untuk memberi perlindungan kepada perkakas elektrik dan pengguna. Alat ini memutuskan bekalan elektrik secara automatik jika berlaku kebocoran elektrik/litar pintas.

 

 

Kotak Agihan Berfius – berfungsi sebagai pengagih litar dan mengawal bekalan arus berlebihan.  Kotak ini mengandungi fius yang berfungsi memutuskan litar elektrik jika arus berlebihan.

Apabila arus berlebihan mengalir melalui fius, wayar fius akan melebur

g.   Berikut adalah jenis-jenis fius dan kadar kawalannya

 

1.4 Kuasa Elektrik

1.4.1 Maksud Kuasa Elektrik – kuasa adalah kadar kerja yang dihasilkan oleh arus elektrik.  Kerja yang dihasilkan adalah dalam bentuk cahaya, haba, bunyi dan gerakan. Kuasa diukur dalam unit watt (W)

 

1.4.2  Mengira Kuasa Elektrik

- Kuasa yang digunakan bergantung pada nilai voltan dan arus. Formula mengira kuasa adalah :  P  = V +  I

Iaitu :    P = kuasa

            V = voltan

            I  = arus

 

Kuasa Peralatan Elektrik

- Setiap alat elektrik dilabel dengan plat perincian. Plat ini menunjukkan kadar kuasa alat elektrik tersebut

-Contoh pengiraan :

-Berapakah kuasa yang digunakan dalam litar yang berikut ?

 

 

 

Sebuah radio berlabel 100 W/240 V.  Berapakah nilai arus elektrik yang digunakan?

                       

                        Kuasa =  Voltan  x arus

                        Arus  = Kuasa

                                     Voltan

                                    I = P

                                         V

 

                                      =  100 W                  

                                           240 Volt

                                      =  0.42 A

 

 

 

BAB 2  :  ASAS ELEKTROMEKANIKAL

2.1 Pengenalan Pergerakan Mekanikal

Pergerakan mekanikal ialah sistem yang membolehkan barang berfungsi, bergerak atau berputar

Pergerakan dihasilkan secara manual(mesin pengisar air batu), enjin(mesin pemotong rumput, mesin pembancuh simen) atau motor elektrik(mesin gerudi, mesin basuh)

 

2.1.2   Jenis Pergerakan Mekanikal

Pergerakan mekanikal ada 2 jenis :

Gerakan lurus

Gerakan putaran

 

 

Gerakan Lurus

-Sistem sesuatu objek yang bergerak dalam satu garisan lurus.

-Arah pergerakan tak berubah, perubahan hanya  berlaku pada arah halaju sahaja.

-Pergerakan mekanikal digunakan untuk memindahkan input, melalui proses untuk hasilkan pergerakan lain iaitu output.

 

 

B.  Gerakan Putaran

-Terjadi apabila sistem sesuatu objek berpusing.

-Contohnya  : mesin gerudi, mesin jahit.

 

2.1.3  Takal Dan Tali Sawat

Takal dan Tali Sawat digunakan dalam mesin jahit, mesin gerudi, mesin gergaji meja.

Tali sawat menghubungkan takal pemacu dengan takal dipacu.

Takal berfungsi untuk memindahkan gerakan atau kuasa.

Contoh penggunaan takal  : kren, mesin basuh, lif.

Cara menambah atau mengurangkan kelajuan sistem takal dan tali sawat  :

-Bagi mendapatkan kelajuan rendah, guna takal bersaiz besar

-Bagi mendapatkan kelajuan tinggi, guna takal bersaiz kecil

2.1.4  GEAR

-Gear berfungsi sebagai

            a.  penghantar kuasa atau penggerak mesin menerusi Aci yang memegang gear ini.

            b.  Penghubung bahagian yang berputar

            c.  Penukar kelajuan mesin

-Jenis-jenis Gear  :

            1.  Gear Taji

            -  untuk memindahkan tenaga antara aci yang selari (kit robot, kereta mainan)

            2.         Gear Serong

            -           untuk memindah tenaga daripada satu aci kepada aci lain yang bersudut.(mesin gerudi tangan)

            3.         Gear Belitan

            -           digunakan untuk mengurangkan kelajuan dan memindah tenaga putaran aci pada sudut bersilang.(gear pada jaring tenis,sepana boleh laras.)

 

            4.         Gear Rak dan Pinan

            - digunakan untuk memindahkan gerakan putaran kepada gerakan lurus atau sebaliknya.

            - contoh : stereng kereta, gerudi meja, pintu pagar bermotor.

            5.         Gear Heliks

            - untuk sistem gear kereta

            - berbentuk heliks dan mempunyai sistem kelajuan tinggi.

 

2.2  Pengenalan Pergerakan Elektromekanikal

Elektromekanikal ialah satu sistem yang menggunakan tenaga elektrik dan komponen elektronik yang kompleks.

Contoh peralatan : kamera, pemacu cakera, mesin layan diri.

Peralatan elektromekanikal menggunakan sistem pemprosesan berikut  :

 

Perbezaan Antara Sistem Mekanikal dan Sistem Elektromekanikal

Sistem Mekanikal

Sistem Elektromekanikal

  1. Menggunakan tenaga manual/enjin/tangan
  2. Binaannya mudah
  3. Tidak mempunyai komponen elektronik
  1. Menggunakan tenaga elektrik atau bateri
  2. Binaannya kompleks dan sukar dicipta
  3. Mempunyai komponen elektrik

 

Allah s.w.t berfirman dalam Surah Al Baqarah, "Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti menanam sebutir biji dan biji itu menerbitkan tujuh tangkai dan pada tiap-tiap tangkai itu pula membuahkan seratus biji buah. Allah akan menggandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah itu Maha Luas lagi Maha Mengetahui."

Rasullullah s.a.w. telah bersabda "Sedekah seseorang kamu yang ikhlas itu akan menutup 70 pintu kejahatan. Sedekah seseorang kamu itu akan dibalas oleh Allah s.w.t. dengan 4 jenis pembalasan iaitu :

 

1.                  Satu sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda

:- adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin.

2.                Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda

:- adalah sedekah yang diberikan kepada kaum keluarga dan sanak saudara.

3.                 Satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda

:- adalah sedekah yang diberikan kepada sahabat handai dan teman-teman.

4.                Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda

:- adalah sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu atau orang yang berjihad pada jalan Allah

“Istiqamah mendepani cabaran”..