|
kemahiran hidup tingkatan dua 2007
nota
kompak KH form2 BAB1
DATE:
02 Feb 2007, 8:47 pm / MOOD: Happy
BAHAGIAN TERAS : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI BAB 1 : Reka bentuk dan Penghasilan
Projek BAB 2 : Elektronik BAB 3 : Lukisan Teknik
BAB 1: REKABENTUK DAN PENGHASILAH PROJEK 1.1 FAKTOR REKABENTUK
1.1.1 Faktor Utama Reka Bentuk a. Reka bentuk bermaksud suatu usaha membuat susunan bahan secara terancang untuk menghasilkan
suatu produk baru. b. Terdapat beberapa faktor dalam memilih reka bentuk iaitu 1. fungsi • berfungsi kepada
pengguna 2. rupa bentuk - menarik perhatian 3. kesesuaian bahan • bahan murah dan senang didapati 4. kaedah
pembinaan • cepat dan mudah dibina 5. tahan lasak dan tak mudah rosak 6. kos produk berpatutan 7. kemasan
menarik dan bersesuaian 8. keselamatan • tak membahayakan pengguna 9. bernilai komersial
1.2 JENIS BAHAN
DAN PENGIKAT 1.2.1 Saiz, Sifat dan Penggunaan Bahan Terdapat beberapa jenis bahan seperti aluminium, keluli lembut,perspek
dan pvc. 1. Aluminium : - Diperbuat daripada bauksit - Digunakan dalam pembuatan kenderaan, tin minuman. -
Sifatnya lembut, ringan, mudah dipotong dan mudah dibentuk. - Saiznya : 91.4 cmX182.8 cm dan 122 cmX244 cm.
2.
Keluli Lembut - Diperbuat daripada campuran besi dan karbon. - Digunakan dalam pembuatan paku, dawai, tin dan pintu
pagar. - Mudah dibentuk dan dipotong - Saiznya : 609.6 cmX13 cm dan 609.6 cmX91.4 cm
3. Perspek - Digunakan
dalam pembuatan nombor plat kenderaan, peti surat dan cenderamata - Sifatnya bersih dan mudah dipotong - Saiz : 122
cmX244 cm dan 61 cmX 122 cm
4. PVC (polyvinyl chloride) - Dalam bentuk paip nipis dan tebal. - Saiz : 13 mm,
19 mm dan 25 mm
Kelebihan dan kelemahan bahan :
BAHAN KELEBIHAN KELEMAHAN Alumi nium • Ringan.
Tak berkarat • Mudah dipotong dan dibentuk • Sukar dipateri • Tak tahan asid Keluli Lembut •
Lebih teguh dan boleh dipateri Berat, mudah karat Perspek Ringan, mudah dipotong dan dibentuk Tak kalis haba, Mudah
pecah PVC Ringan, tak berkarat, murah, mudah dipotong Tak kalis haba, mudah pecah
1.2.2 JENIS-JENIS PENGIKAT Pengikat
ialah bahan yang digunakan untuk mencantumkan bahagian tertentu. 1. Ribet - Buat cantuman kekal pada projek -
Diperbuat daripada kuprum, keluli dan aluminium - Saiz: 2.4mm, 3.2mm, 4.0mm, 4.8mm - Panjang ribet ialah 3mm, 6mm
atau 1cm
2. Glu Panas - Mencantum komponen kekal - Mudah digunakan kerana cepat mencair dan cantuman yang
kukuh. - Dicair menggunakan hot glue gun 3. Skru Benam Sendiri - Untuk mencantum kepingan nipis seperti logam,
kepingan perspek dan papan lapis - Saiz : antara 6mm hingga 63mm
1.3 ALATAN TANGAN DAN MESIN 1.3.1 Nama dan
Fungsi Alatan Tangan
Pisau pemotong perspek Digunakan untuk memotong perspek Gandin getah Untuk mengetuk kepingan
logam Bagi mengelakkan calar dan kemek Penebuk pusat Mempunyai mata bersudut 60° Fungsinya untuk membuat tanda
pada logam sebelum digerudi Rivetter Alat khas memasang ribet Kerja meribet dilakukan pada kepingan logam, papan lapis,
kanvas dan kulit Hot glue gun Untuk memanaskan glu panas Memerlukan 3 • 5 minit untuk dipanaskan Staple
Gun Untuk merekat fabrik seperti kain, kanvas,PVC dan kulit.
1.3.2 NAMA DAN FUNGSI MESIN MUDAH ALIH 1. Mesin
Gergaji Jig - Digunakan untuk kerja memotong bentuk lengkung, bulat, dan persegi - Bahagian utama gergaji jig adalah
: a. Mata gergaji • memotong kayu b. Motor • menggerakkan gergaji 2. Cordless Screw Driver - Fungsinya
memasang/menanggalkan skru - Bahagian utama : a. Bindu • memegang mata pemutar skru b. Pelaras putaran •
mengubah arah putaran bindu c. Mata pemutar skru • untuk memasang skru
3. Sander - Untuk melelas
dan menghasilkan permukaan yang licin, cantik dan rata. - Ada dua jenis sander : a. Finishing sander • untuk
kerja ringan, hasilkan lelasan lebih halus dan licin b. Belt and disc sander • untuk kerja kasar, melelas bahagian
tepi dan hujung permukaan - Bahagian utama sander : a. Tapak • tempat bahan pelelas dipasang b. Tuil pelaras
• melaraskan gerakan tapak sander 1.3.3 MENGGUNAKAN DAN MENYENGGARA MESIN
Mesin mudah alih Kerja-kerja senggaraan
Mesin gergaji jig Bersihkan mata, tapak dan motor mesin gergaji Ketatkan skru jika longgar Cordless screw driver
Cas bateri selepas digunakan Bersihkan dengan semburan udara mampat Sander Bersihkan dengan semburan udara mampat
Tukar pelelas jika telah haus atau terkoyak
1.4 PROSES REKABENTUK
1.4.1 LUKISAN PROJEK Lukisan
projek memberikan maklumat lengkap sesuatu projek. Melalui lukisan, rupa bentuk projek, dimensi, bahan, teknologi pembuatan
dan peralatan yang akan digunakan dapat dikenal pasti. 1. Membuat Lakaran Rekabentuk a. Lakaran 3D - memberi gambaran
sebenar projek - daripada lakaran 3D, panjang, lebar dan tinggi projek dapat diketahui - lakaran 3D boleh dibuat melalui
lakaran oblik dan lakaran isometrik b. Lakaran 2D - menghuraikan lakaran projek dengan lebih terperinci - menunjukkan
bentuk sebenar objek dalam dua pandangan, atau tiga pandangan iaitu pandangan atas(pelan), pandangan hadapan dan pandangan
sisi. - lakaran 2D dilukis dalam unjuran ortografik
2. Mendimensi Lakaran - Menunjukkan ukuran sebenar projek
- Ukuran perlu dibuat dengan tepat dalam unit milimeter (mm). 3. Menilai dan Memilih Lakaran yang Paling Sesuai -
lakaran terbaik dipilih sesudah penilaian dibuat.
1.4.2 PEMBINAAN
1. Mengukur - Ukur dengan peralatan
seperti pita pengukur, pengukur keluli, pensil dan sesiku L 2. Menanda - Peralatan menanda adalah pisau penanda, pensil,
penggarit dan penebuk pusat. - Bagi mengelakkan kesilapan pemotongan bahan dan rekabentuk. 3. Memotong - Peralatan
memotong ialah gergaji besi, gunting besi dan pemotong perspek. 4. Membentuk - Membentuk dilakukan sebelum bahagian
projek dipasang - Aktiviti membentuk ialah melengkung, melipat dan membengkok 5. Mencantum - Proses memasang bahagian
yang telah dipotong dan dibengkokkan - Kerja-kerja mencantum ialah meribet, melekat dan menskru
1.4.3 KEMASAN
Kemasan dilakukan supaya projek kelihatan cantik, tahan lama, berkualiti dan selamat digunakan
ALAT KEMASAN 1.
Pengikis - Fungsinya mengikis permukaan bagi membuang cat lama dan tanda mengelupas. 2. Berus cat - Kegunaan untuk
menyapu cat - Saiz ditentukan oleh kelebaran berusnya - Penggunaan saiz berus adalah berdasarkan saiz ruang yang akan
dicat
3. Berus Syelek - Kegunaan untuk menyapu varnis, lekar, tona kayu dan syelek - Ada dua jenis iaitu berus
jenis tangkai buluh dan jenis tangkai kayu 4. Kertas Las - Digunakan untuk melicinkan permukaan bahan - Dibezakan
mengikut kekasaran dan kehalusannya - Kertas lan dan grednya:
Gred Kasar/Halus 00 Paling halus 0 Halus
1 Sederhana 2 Kasar 3 Paling kasar
5. Tepung Penyumbat - Digunakan untuk menutup liang-liang atau
celahan pada kayu - Dibancuh dengan air. Tujuannya supaya projek kelihatan kemas
BAHAN KEMASAN • Mencantikkan
projek/tahan lama A. Cat Licau (cat kilat) - Menghasilkan permukaan licin, berkilat dan kalis air - Sesuai untuk
kemasan luaran - Bahan pelarutnya ialah turpentin B. Cat Sembur - Menggunakan penyembur, cepat kering C. Syelek
- Ada dua jenis iaitu bentuk kepingan dan cecair - Tidak tahan haba dan tidak kalis air - Bahan pelarutnya adalah
spirit metil D. Varnis - Kalis air dan haba - Hasilkan kemasan yang berkilat
E. Tona Kayu - Kalis
air dan haba - Hasilkan kemasan yang cantik daan berkilat F. Semburan Lekar Jernih - Kalis air dan kalis haba,
ianya cepat kering G. Pelekat - Pelbagai warna, bentuk dan corak - Kebanyakan pelekat mempunyai glu
1.4.4
MEMBUAT KEMASAN
1. Apabila membuat kemasan pada projek pastikan perkara berikut dipatuhi : a. Permukaan yang nak
disapu mestilah bersih, bebas dari habuk, minyak atau karat b. Gosok dengan kertas las jika permukaan kotor, berkarat
atau kasar c. Goncangkan tin atau bekas cat atau varnis sebelum digunakan d. jika guna cat semburan, sila sembur pada
jarak 30cm dari projek e. Pastikan kemasan kering sebelum dicat berikutnya f. Sapu cat sehala sahaja mengikut urat
kayu
1.5 REKABENTUK PROJEK 1.5.1 PERNYATAAN MASALAH ATAU KEPERLUAN A. Mengenalpasti Masalah Atau Keperluan
- Supaya jalan penyelesaian dapat dicari B. Mengumpulkan Maklumat Atau Data - Maklumat yang perlu dicari ialah
rupa bentuk projek, bahan digunakan, saiz projek dan teknologi yang digunakan - Cara mengumpul maklumat ialah : 1.
memerhatikan projek sedia ada 2. lawatan 3. perbincangan, meneliti bahan bacaan 4. internet C. Menentukan
Kriteria Reka Bentuk - Boleh berfungsi, mudah dibina - Selamat digunakan, kukuh dan stabil serta bernilai komersil
D. Menyenaraikan Alternatif Penyelesaian Dalam Bentuk Lakaran - Melakarkan beberapa jenis dan bentuk lakaran
1.5.2
PERANCANGAN, PEMBINAAN DAN PENGUBAHSUAIAN
A. Menentukan dan Merancang Pembinaan Projek B. Menyediakan Jadual Kerja
C. Menyenaraikan Alatan Tangan, Bahan dan Mesin yang Diperlukan D. Membina Projek Berdasarkan Lukisan Kerja yang Dipilih
E. Menguji dan Menilai Projek F. Mengubahsuaikan Projek
1.5.3 PENDOKUMENTASIAN
A. Mengumpulkan dan
Merekodkan Maklumat Projek - Maklumat yang disimpan ialah: a. pernyataan masalah b. lakaran projek c. lakaran
projek yang dipilih d. senarai bahan, alatan dan mesin yang digunakan e. jadual kerja f. data pengujian dan penilaian
g. maklumat pengubahsuaian h. kos projek B. Mengira Kos Pengeluaran Projek Cara mengira kos pengeluaran :
Kos Pengeluaran : Kos Bahan + Kos Upah + Kos Overhead
Contoh Pengiraan : a. Kos bahan : RM8.25 b. Kos
upah : RM14.95 c. Kos Overhead : RM0.70 Maka kos pengeluaran : Kos bahan+kos upah+kos overhead C. Membuat Persembahan
Projek - Kandungan persembahan ialah : a. nama projek b. lakaran rupa bentuk projek c. fungsi projek d.
bahan, alatan dan mesin e. anggaran kos projek f. tempoh masa pembinaan projek g. teknologi yang digunakan

|